Kemudian saya ikuti ceramah Kevin Zahri. Mengikut Kevin, bersenam sit-up tidak boleh mengempiskan perut. Dia siap lukis gambar, mengapa perut tidak boleh kempis dengan bersenam, sebaliknya muscle di perut akan bertambah besar. Ia terbukti benar apabila ramai kawan-kawan yang mengayuh basikal bersama saya yang buncit. Kata mereka "aku bukan kayuh dengan perut, tetapi dengan kaki".
Saya dan Kevin Zahri 2013. Ini gambar SEBELUM.
Gambar SELEPAS nanti dulu ya...
Menurut Kevin Zahri, cara paling cepat untuk kemiskan perut ialah makan fat-burner. Dan saya pernah cuba. Dua bulan. Seinci pun tidak kempis. Cara kedua katanya ialah dengan menyapu krim panas (seperti krim halia). Saya juga cuba. Hampeh. Seterusnya Kevin kata buat diet protin. Ini saya tidak cuba sebab saya ada sakit gout. Sakit ini disebabkan lebihan protin dalam darah yang membentuk asid urik.
Haaaa..... sekarang saya ingin mencuba teknik baru. Hanya 60 saat sahaja. Magik?. Selepas sebulan nanti saya akan kemaskini blog ini untuk mengumumkan kesannya.
Ini caranya:-
Caranya kempiskan perut anda selama 60 saat dan lepaskan. Lakukan dengan kerap. Bila kerap buat senaman kempiskan perut ni, otot bahagian perut ni akan 'bekerja' dan otot yang seperti spring kendur akan menegang kembali dan otot perut kelihatan pejal.
Mudah sangat-sangatkan. Boleh guna teknik kempiskan perut ni sambil kita duduk depan komputer, sambil bawak kereta tersangkut plak ditengah 'jam' boleh buat senaman kempiskan perut. Sambil tengok wayang dengan suami boleh juga curi-curi buat senaman kempiskan perut. Orang lain tak nampak pun.
Sangat mudah bukan?
Kemudian ia perlu ditambah dengan selingan seperti berikut:-1. Ikuti diet pemakanan yang betul sesuai dengan keperluan usia anda
2. Elakkan minum sambil berdiri
3. Elakkan makan sambil minum air
4. Minum sedikit demi sedikit iaitu 2-3 kali teguk untuk setiap helaan nafas.
5. Ambil makanan rendah kalori
6. Minum ESP - protein soya shaklee untuk membina otot yang mantap dan sihat
7. Herblax Shaklee untuk - nyah toksik dalam perut
Sangat mudah bukan?. Namun cakap sahaja apalah gunanya jika tanpa bukti. Serikan saya sebulan untuk membuktikannya. Ia lebih yakin sekiranya ia benar.


No comments:
Post a Comment