Friday, August 23, 2013

SELSEMA YANG TERUK

SAYA mengalami selsema yang teruk. Ia diikuti dengan sakit kepala yang kerap. Ramai orang beranggapan saya resdung ataupun sinus. Kawan-kawan rapat sudah imun dengan keadaan saya. Mereka kata saya selsema 11 bulan dalam setahun. Maknanya dalam 12 kali berjumpa saya, hanya sekali sahaja saya tidak selsema.

Saya sudah ke hospital di UK (semasa saya belajar di sana). Doktor buat pemeriksaan rapi, termasuk x-ray pelbagai bahagian kepala saya. Doktor mengesahkan saya tidak mengalami sinus. Tidak ada ubat yang diberikan.

Saya juga sudah berjumpa dengan Profesor pakar E&T. Beliau juga membuat pemeriksaan rapi. Buat pertama kalinya kamera dimasukkan ke dalam kerongkong saya melalui hidung. Beliau mengesahkan saya bukan resdung dan sihat. Untuk mengatasi masalah selsema ini, beliau memberikan saya Avamys. Ia itu sejenis semburan (nasal spray). Apabila ia telah habis, saya ke klinik untuk membelinya. Harganya ialah RM90 sebotol untuk 120 semburan. Menurut doktor, ia adalah ubat paling baik untuk selsema macam saya (hidung tersumbat).


Nasal Spray ini melegakan hidung saya yang tersumbat buat seketika. Penggunaannya ialah satu semburan di sebelah pagi. Bila tersumbat lagi, biasanya saya gunakan Inhaler (jenama Vicks dan sebagainya) pula.

Dari segi suplimen, saya mencuba Xanggo (juice manggis) hampir setahun. Harganya pun boleh tahan juga.
Selepas itu saya mencuba memakan JuicePlus+ selama 6 bukan. Memang mahal. Namun dari segi logoknya, ia sangat bagus. Pagi makan buah dan malam makan sayur. Kesemuanya dalam bentuk tablet.

Maknanya bukan saya tidak berusaha. Namun tidak berjaya menghentikan selesema saya. Saya tidak kata produk-pruduk tersebut tidak bagus. Mungkin ia tidak serasi dengan saya.

Bertahun-tahun saya hiduplah dengan selsema ini. Saya bawa ke mana sahaja saya pergi. Dia ikut ke mana sahaja saya berada. Ia sebahagian dari pakej kehidupan...


Semalam, kawan saya datang ke rumah. Dia belikan saya beberapa produk Shaklee. Saya minta dia carikan suopimen untuk mengurangkan selsema saya. Akhirnya saya meminta vitamin C. Saya terus kunyah 2 biji (mengikut aturan, cuma sebiji sahaja). Alhamdulillah pagi ini selsema sudah sangat berkurangan. Saya akan terus makan Vitamin C Shaklee ini dan akan kemaskini penemuannya di sini. Insyaallah.







No comments:

Post a Comment